Bismillahirrahmanirrahim.
Hi, its been awhile since last I posted in my blog. A year ago? Thats long and 2018 is going to end soon.
For this post, I will use more Bahasa than English.
Maaflah kalau banyak sangat bahasa pasar dan shortcut, so buat2 paham jela yer hahaha
SEOUL, KOREA FAMILY TRIP 2018
Semua orang berimpian nak gi trip ke Korea kan? Okla mungkin bukan semua orang la, mungkin dalam kelompok kecil yang suka Kpop, dan suka tengok Kdrama tu. Korang nak merasa macamana cantik tempat tu, lagi romantik kalo dapat pegi ngan husband (husband tau bukan pakwe. kalau tak takut kena hambat ngan penyapu lidi mak kau). Acah2 couple goals gitew.
Sepanjang aku jadi kaki travel ni aku dah merasa:
DAY 6 - NAMI ISLAND
Antara trip yang jauh daripada tempat tinggal kami kat Itaewon. Korang ada pilihan nak gi sini: Naik express train atau normal train. Bezanya masa perjalanan dan harga teket. Express train boleh smpai dalam masa sejam and kena beli teket yg mahal sikit tapi naik normal train boleh ambik masa 2-3jam tapi pakai je T-money. Naik bas? Kalo normal train pun 2-3jam rasa-rasa naik bas camne ek. Hahaha
Satu perkara yg agak mengecewakan kitorang gi Nami ni ialah hari itu hujan. Tapi takleh la nak komplen kan, sebab hujan itu kan rahmat. Cuma perjalanan terhad sikit pastu kami tak dapat nk explore Pulau Nami tu to the fullest. Cuaca sejuk tambah ngan hujan bertambah sejuk.
But its okay, we try to enjoy ourself jugak.
Smpai Gapyeong Train Station, korang kena cari ada satu bus stop dekat depan train tu, ada shuttle bas ke Nami Island nye jetty. Harga shuttle bus tu 6000KRW, dia boleh pakai pegi dan balik. Jangan hilangkan teket ya. Kitorang patutnya nak gi petite France, dia satu jalan nk ke nami tapi ada bayaran masuk gk, so tak jadi ler.
Tiket masuk Nami Island is 13000KRW, harga yang agak memeranjatkan sebab dua tahun lepas baru 8000KRW. Dalam 2 tahun ia naik sebanyak 5000KRW so again sila google baik-baik harga tiket sebelum decide nak bwak duit berapa banyak. Atau lebih senang, beli tiket terus secara online so kat sana korang bawak duit nk berbelanja je.
Oklah jom tengok gambar.
DAY 7 - 8
Last two days ni kami just spend time jalan kat Nam Dae Mun market ngan Myeong-Dong. Kalau korang nak cari souvenir haa boleh la ke sini. Cost of spending kat Korea makin tinggi jadi, berbelanja lah dengan bijak yer kawan-kawan sekalian.
Ni aku share gambar lain
Basically aku tak bagi detail sangat sebab banyak benda dah lupa (maaf la yer saya ni cepat lupa bab nombor ni) so dari segi harga tu walaupun aku state harga camtu tak bermakna masa korang pegi tu harga masih macam tu. Mungkin naik sikit.
Balik ke Incheon Airport, kami decide untuk naik All-Stop Train sebab boleh pakai T-Money and tak semahal naik ITX Express Train. Smpai gak airport.
Camtu ler. Sebarang pertanyaan, tinggal kat komen, mungkin aku terlepas dua tiga benda korang nak tanya. Shout it out ya.
Assalamualaikum!

- Korea 3 kali(termasuk yang ni)
- Jepun 2 kali (terfkir nak cukupkan 3 kali tapi laki aku ajak gi tempat lain lak hahaha)
- Thailand 2 kali (not really fond of Thailand sebab aku kat area Bangkok je merasa. kalo g Thai belah lain ok kot)
- Singapore 3 kali (sebab ada cousin kat sana weeehuu)
- Indonesia 2 kali (aku prefer Padang daripada Jakarta to be honest)
Makanya aku pun dari tahap single traveler dah jadi duo traveler skrg lepas kahwin kan, buleh lah aku plan untuk pegi tempat yang mencabar sikit macam Grand Canyon ke, Sungai Amazon ke... Ok gurau. Tu takde dalam bucket list aku pun haha. Tapi kalau ada peluang apa salahnye yer.
So kalau korang nak gi Grand Canyon tu ikut suka korang la jangan libatkan aku yer. Ok back to the topic.
ITINERARY KOREA TRIP 2018
Percaya tak bajet Korea aku kali ni bawah rm3500?
Ni rough kira per head tau:
- Flight RM700+
- Homestay RM700+
- Duit belanja (termasuk duit utk bayar tiket ke Nami Island, makan, souvenir) RM1500+
Semua orang berlumba nak buat bajet trip gi overseas. Aku buat bajet trip tapi takde lah sampai tahap takde bende nak makan. Aku stil enjoy makan, enjoy masuk taman tema, dapat pakai hanbok. Yang penat tu jalan jela sebab orang Korea memang sangat banyak berjalan, atas faktor cuaca yang ala-ala breezy windy wuuu tu. Cam Malaysia, panas sikit so kalau banyak jalan agak berkicap la. Yang mekap tebal tu pon berpotensi cair gk.
Ok so ni itinerary aku:
Basically kitorg akan ada family meeting beberapa kali untuk confirmkan nak pegi mana setiap hari kat sana. Macam gi dengan agent tapi ni ktorg pegi sana sendiri la. Aku tak cerita details sangat sebab harga berubah mengikut tahun. So kalo korang pi sana, tiket jadi mahal tu bukan salah aku yer. Sila gunakan pakcik google sebaiknya utk survey tiket harga terkini.
Kalau tak, memang terkene macam kitorg masa pi Nami haritu huhu.
ARRIVAL DAY
Kami tiba airport Incheon Jumaat malam. Cuaca sejuk, dan kami ambik teksi ke homestay yang berada di Itaewon. Okay, untuk pengetahuan korang, lokasi homestay pun penting. Kalau korang jenis yang nak masak utk bawak makanan sambil beriadah tu, carilah homestay area Itaewon sebab utk Muslim, kawasan tu syurga makanan halal. Ada kedai yang boleh dapat daging ayam halal so kalau korang dok jauh sangat susah jugak nak makan ayam unless korang g makan kat restoran halal kat sana.
Bab makan, kitorang bawak la maggi la beras la, kak ipar bawak Brahims, ikut korang la nak bawak apa. Cam kitorang untuk breakfast memang buat shake Herbalife je sebab sekejap je nak buat, jimat masa dan provide energy sepanjang pagi tu. So lunch masak kat rumah and bwk jalan. Dinner baru cari tempat makan kat luar sana. So spend duit makan sekali sehari je.
Untuk pengangkutan kat sana, korang pun tau orang korea banyak menggunakan public transport kat sana so diorang pun ada kad Touch N Go macam kita cuma nama dia T-Money. Boleh purchase kat convenience store and tambah nilai ada kat setiap tren.
So arrival day pun takde la buat apa, sebab tiba airport 10 malam, sampai rumah berehat la kami.
DAY 1 & 2 - MYEONG-DONG, ITAEWON, HONGDAE, HAN RIVER
First and second day kitorang tak main jauh sangat, hari first just jalan nak cari Ewha Womens University. Tapi tak jumpa pon tempat tu, biasalah first day ada trial and error, kitorang naik train and try pakai map. Tapi nak bagitau korang ni, silalah naik BAS. Ye, naik lah BAS supaya korang kenal jalan atas darat tu. Naik tren susah korang nak paham jalan and kalau sesat korang mesti tak tau korang kat mana.
Gunakan GOOGLE MAP untuk naik bas. Dia akan bagitau naik bas nmbor apa and ada berapa stop sebelum korang turun. Senang kan!
Ni contoh haritu kitorang naik bas. Memang best sebab berbanding naik tren, korang tak nampak apa and gelap gelita. Naik bas dapat tengok bandar dia. Lagipun kitorg naik bas sebab nak jimatkan masa takyah dok tukar train panjat tangga banyak sangat.
Ni antara gambar hari pertama dan kedua kitorg.
Saje nak feeling honeymoon hahaha
Gambar ni kat Han River, kitorang naik kapal Cruise 15000 won satu kepala untuk 40 minit dia round kat Han River tu.
Ha ni la kapal tu. Nampak cam panas tapi tak pun.
Ni naik basikal ni, ktorg amek 2 seater basikal sejam dia cas 6000won, tempat basikal ni dekat dengan tempat kitorang naik cruise tadi tu
DAY 3 - HANOK VILLAGE, GYEONGBUKGONG PALACE
Day 3 ISNIN kami decide gi Hanok Village sebab dia tutup hari selasa (sebab tu korang kena rajin google tempat ni tutup dan bukak hari apa kalo tak haruuu je berterabur itinerary tu). Kitorang actually tak jumpa jalan gi Hanok Village yang dalam gambar tu tapi lepas jumpa tempat rental Hanbok tu kitorang terus ke Gyeongbukgong Palace sebab ada 4 jam je nak pakai Hanbok.
*Tips penting semasa travel : Kalau dalam sehari korang ada lebih dari satu destinasi and tak jumpa destinasi pertama, teruskan je perjalanan ke destinasi seterusnya. Jangan buang masa cari dah sebab korang akan buang masa. Again, google betul2 mana korang nak pi tapi kalo dah sesat means bukan rezeki korang la nak pi situ*
OK nah aku share gambar dan description
HANBOK! Tau korang mesti nak pakai Hanbok kan. Cari ONE DAY HANBOK, harga dia berbaloi sangat berbanding kedai hanbok yang lain (pada pemerhatian aku la).
Kena pakai minimum 4 jam = 18000 KRW
Maap la yer kami laki bini memang kepala senget sikit.
Ni kat gyeongbukgong palace, memang sengaja pose camni acah acah drama sikit.
"Abang pengawal mari kita kahwin lari! Jangan tinggal daku" kata si Princess. Acah acah sangat kan.
Gambar senget sikit biasa la xde photographer, pastu main letak tak centre hahaha takpe janji semua nampak.
DAY 4 - NAMSAN TOWER
Yep, kitorang naik bas jugak. Nanti turun bas ada kena panjat sikit yer. Admission free, unless korang nak naik tower tu kena bayarlah. Aku gayat so, I pass. Kabel car takpe tak gayat angat hehehe
Ha ni panjatlah korang. Hati2 panjat jangan jatuh kalo tak memang bergolek2 ya.
Dasar kecuraman macam 45 darjah pun hadooo
Dah berjaya panjat kenalah posing sikit
Mesti bergmbar kat sini sebab...ada bnyak kunci pastu ada kerusi patah. Hahaha
Ni kalau nak, kena beli tau bukan free. Ku kunci hatiku dalam hati lakiku.
Ni pun nak feeling romantik sikit kat kabel car padahal gayat tu aku je yg tau.
Ada macam cter Korea tak
DAY 5 - SEOULLAND
Mesti korang tertanya pasaipa aku tak pi Everland? Atau Lotte World? Yela tempat tu famous kan. Aku da pernah gi Everland sebelum ni so kalo tak pi pun takpe. Lagipun trip family ada budak kecik dua ketul. Bawa ke taman tema yg bertemakan kanak-kanak. Aku tak tau la kalau korang tau tak pasal Seoulland. Aku pun baru tau tahun ni.
Aku beli teket online RM67 per head nanti smpai situ redeem kat kaunter information dia.
Sebab pegi hari biasa, Seoulland agak krikk krikk sikit. Tapi okla dapat main takyah beratur hahahaa. Oh gi sini kami naik train.
Ni aku kongsikan sikit gambar
Ni nak naik elephant Tram. Elephant Tram tak termasuk dalam RM67 yang aku beli tu so bayar kat sini. Murah je tram tapi ku lupa harga XD
Tu abang acah2 superman. Rupa-rupanya Seoulland ni sama umur ngan kitorang hahaa 30 tahun suda~
Ni kena ngayuh ni. Salah satu attraction kt sini. Best gk ni boh
Dah penat main kt Seoulland, kita naik skylift balik ke train..kerna nak masuk dalam ni agak jauh sebab tu kami naik elephant train tadi. Harga Skylift adult 5000~7000KRW aku pun tak sure. Tapi bawah 10000KRW la.
Kegayatan yang amat dasat lagi dasat dari Cable car tapi sebab pemandangan dia cantik, aku terlupa aku gayat.
Ha gitu ler Seoulland. Tak banyak gamba sebab malas nak tangkap. Nak tau gi lah tgk sendiri.
DAY 6 - NAMI ISLAND
Antara trip yang jauh daripada tempat tinggal kami kat Itaewon. Korang ada pilihan nak gi sini: Naik express train atau normal train. Bezanya masa perjalanan dan harga teket. Express train boleh smpai dalam masa sejam and kena beli teket yg mahal sikit tapi naik normal train boleh ambik masa 2-3jam tapi pakai je T-money. Naik bas? Kalo normal train pun 2-3jam rasa-rasa naik bas camne ek. Hahaha
Satu perkara yg agak mengecewakan kitorang gi Nami ni ialah hari itu hujan. Tapi takleh la nak komplen kan, sebab hujan itu kan rahmat. Cuma perjalanan terhad sikit pastu kami tak dapat nk explore Pulau Nami tu to the fullest. Cuaca sejuk tambah ngan hujan bertambah sejuk.
But its okay, we try to enjoy ourself jugak.
Smpai Gapyeong Train Station, korang kena cari ada satu bus stop dekat depan train tu, ada shuttle bas ke Nami Island nye jetty. Harga shuttle bus tu 6000KRW, dia boleh pakai pegi dan balik. Jangan hilangkan teket ya. Kitorang patutnya nak gi petite France, dia satu jalan nk ke nami tapi ada bayaran masuk gk, so tak jadi ler.
Tiket masuk Nami Island is 13000KRW, harga yang agak memeranjatkan sebab dua tahun lepas baru 8000KRW. Dalam 2 tahun ia naik sebanyak 5000KRW so again sila google baik-baik harga tiket sebelum decide nak bwak duit berapa banyak. Atau lebih senang, beli tiket terus secara online so kat sana korang bawak duit nk berbelanja je.
Oklah jom tengok gambar.
Cinta hatiku berpayungan di situ
Adik aku nak tnjuk sweater baru beli kt Myeong-dong haritu, murah jer dalam 10000KRW
Hujan pun jadik yer sayang.
Berbasah sikit takpe. Janji hadoo gambar
Hi ni la patung Winter Sonata yang pemes sangat tu.
Ni guidelines untuk korang pilih nanti tren mana nak naik and turun nak ke nami. Turun kat Gapyeong Station yer.
DAY 7 - 8
Last two days ni kami just spend time jalan kat Nam Dae Mun market ngan Myeong-Dong. Kalau korang nak cari souvenir haa boleh la ke sini. Cost of spending kat Korea makin tinggi jadi, berbelanja lah dengan bijak yer kawan-kawan sekalian.
Ni aku share gambar lain
Day 1 - naik tren nak ke Ewha University
Day 1- Aku lupa nama stream ni Cheongyongcheon ke ape.
Ha tempat ni best. Korean Tourism Building ni dekat dgn stream tadi tuh. Ada tempat solat.
Ni Halal Kitchen ada dekat satu kawasan Hanok Village kena jalan sikit la. Bulgogi sedap cuma hrga dia per serving 17000KRW so sila belajar berkongsi ya bila makan tu. Ni serving untuk 3 orang makan.
Haa yang ada atap tu bus stop Nam San Tower ni sebelum memanjat.
SM Town..tak dapat masuk sebab nak balik dah masa ni. BTW bangunan sebelah SM Town ni ada tempat solat gak. Coex Convention Centre nama dia.
Seoul Station..stesen terakhir kami sebelum ke Incheon Int. Airport.
Nak balik dah tu muka happy semacam tuh hahaha